Monday, June 14, 2010

Alam kampus.....

Alam kampus ku bermula pada tahun 2001 apabila aku berjaya melangkahkan kakiku ke menara gading di UiTM Segamat. Aku telah diterima masuk ke Fakulti Pengurusan Maklumat sebagai pelajar diploma IS110. Di UiTM Segamat aku telah ditempatkan di Kolej Baiduri kolej yang paaaaaling hujuuuung sekali di UiTM Segamat...fuh...kalo nak g kelas memang sangat penat. Menapak sakan lah gamaknya...tapi itulah antara saat yang paling manis di dalam hidupku...pergi kelas bersama2 rakan seperjuangan. Setiap langkah akan diringi dengan lawak jenaka dan gelak ketawa. Kehidupan di Kampus UiTM Segamat sangat menyeronokkan hinggakan kadang kala aku merasa sangat rindu dengan suasana perjalanan kehidupan di sana. kami semua walaupun datang dari berbeza latar belakang fakulti mempunyai hubungan yang begitu akrab. Begitu juga dengan pensyarah. Kami mengenali antara satu sama lain...herrrmmm...xmungkin akan ku nikmati saat2 ini lagi sekarang...hanya gambar yang ada disimpan sebagai kenangan yang mahal dalam koleksi peribadiku dan sekelumit memori yang tersimpan rapi di benak fikiran yang tinggal...akan ku gamit meori ini untuk mengiringi perjalanan hidupku ini....

No comments:

Post a Comment