Tuesday, June 15, 2010

Kompang2..Gibing2...


Pada tanggal 14 November 2010 (Jumaat), bertempat di Surau Pt Lapis Sempadan, aku telah selamat diijabkabulkan bersama pasanganku Mohd. Mulyadi B Sudirman. Dengan linangan air mata aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya aku berjaya menjadi seorang isteri kepada kekasih hatiku yang tercinta. Alhamdullilah...hasrat kami untuk mendirikan rumahtangga telah tercapai akhirnya. Usai sudah aku dinikahkan, acara penyerahan pula dijalankan sempena amalan keluarga sakinah yang sememangnya diamalkan di Johor. Sekali lagi hati ini dipagut kesedihan tatakala ayahandaku En. Taslim Bin Kandar menggenggam tangan suamiku membacakan taklik penyerahan tanggungjawab mendidikku sebagai wanita muslimah kepada suamiku tercinta. Manakala, airmata luruh lagi bak hujan dikala ibuku membaca pesanan untuk menjadi isteri solehah kepada suamiku dan anak solehah kepada kedua ibubapa mertuaku. Betapa kerdilnya aku rasakan sebagai seorang anak kepada kedua ibubapa ku. Selama 28 tahun aku hidup bersama mereka, kini mereka telah menyerahkan aku kepada suamiku. Sudah pasti, rasa keberatan amat jelas terpamer di wajah kedua-duanya. Mereka hanya mengharapka aku dan suamiku hidup bahagia hingga ke akhir hayat.Amin...

No comments:

Post a Comment