Monday, June 14, 2010

Kehidupan di Puncak Perdana

Salam kawan2...dalam post yang lepas aku bercerita mengenai pengalaman kerjaku sebagai guru sandaran...sbnanya...lepas diploma dulu aku mmg dapat tawaran sambung degree tp oleh kerana masalah tertentu aku terpaksa tolak...so, aku sambung degree selepas setahun aku bekerja...ermmm...sungguh mencabar krn aku berkenalan dengan kwn2 yang baru...kwn2 diploma dulu dah jadi super senior aku...kehidupan di Puncak Perdana tidaklah seseronok di UiTM Segamat...aku rasa sangat kehilangan...xtahu knp...tp mujurlah ada kwn2 yg seangkatan diploma dulu pun ada yang baru smbg belajar, fuh lega rasanya. Tapi ya lah adalah dalam 2 ke 3 orang...yg lain smeua junior sewaktu di Segamat. Toing!Toing!Toing!...tapi lama2 best gak layan diaorang nih...layanzzzz...Tanpa ku duga tanpa ku sangka, pada semester kedua aku telah pun berkenalan dengan seorang jejaka di mana dia ni schoolmate lama sekolah menengah dulu. Mohd Mulyadi Bin Sudirman namanya...Alhamdulillah...mungkin dah sampai jodoh kami telah mengikat tali pertunangan pada tanggal 17 hb Disember 2006. Ikatan ini diikat selama 2 tahun. Tercapai juga impian ku untuk memiliki seoran insan yang istimewa tatkala aku bergelar seorang siswazah pada hari Konvokesyen ku nanti. Pelbagai rintangan dan dugaan ku hadapi selama tempoh untuk menghabiskan degree. Ya Allah...sungguh berliku perjalanan untuk menghabiskan segulung ijazah ini. Suka duka airmata mengiringi perjuanganku. Allah Akbar!!!barulah aku tahu erti segulung Ijazah bagi seorang siswazah sepertiku. Sangatlah berbeza keadaan dan suasananya sewaktu aku mengambil diploma. Sewaktu degree aku rasa tertekan sepanjang masa dengan dateline!!dateline!!dateline!!research!!research!!research!!...tambah pulak aku ambil minor sistem...perghh...tobat...pinar mata aku belajar database, php, mysql, apache, multimedia, director...!!!haaaa....belum lagi juling mata sebab cataloging...paper library pun dah xlarat nak bawak inikan pulak paper system...memang aku banyak merapu tang buat assignment...nak idup la katakan...berendam air mata jer...tapi akhirnya..aku rasa puashati, kerana walaupun dengan kesusahan aku melaluinya namun demikian aku berjaya juga grade on time...Alhamdulillah...pada bulan 5 2008 aku telah pun berkonvokesyen di Dewan Seri Budiman...rasa sebak dan sedih menyelubungi hati dan jiwaku tatkala menyanyikan lagu UiTM buat kali terakhir...dalam diam aku menyinpan hasrat untuk masuk lagi ke dalam dewan ini di suatu hari nanti sebagai seorang graduan sarjana pula.Amin...Insyaallah...

No comments:

Post a Comment