Tuesday, November 9, 2010

...berdebar2.....

hai...assalammualaikum....lama xmenulis diblog ni,bukan apa...xsempatlah...maklumlah skrg ni balik kerja terus baring, xlarat...baby dah masuk 79 minggu...dah besar dah...aku biasa panggil anakku 'adik'...hehe...pertama kali aku merasa tendangan anakku di dalam rahimku, aku rasa sangat teruja...bayiku dah mampu menendang...seronoknya hanya tuhan yang tahu...sungguh besar kekuasaan Allah S.W.T...insyaallah, 19hb ni aku akan mengadakan kenduri kesyukuran dan doa selamat...semoga Allah akan mempermudahkan segalanya...21hb pulak dah kena check in di Jawi, aku akan berada di Jawi sehingga 1hb Januari 2011...aku sentiasa berdoa agar tiada apa yang akan berlaku di Jawi nnti...semoga Allah akan melindungi kami berdua...Amin...

Wednesday, July 14, 2010

12 minggu...

salam...minggu ini..genap kandunganku 12 minggu...Subhanaallah....maknanya dah 3 bulan...sangat xsabar nak tgu dia besar...lamanya lah penantian ni...mama xsabar nak tgk anak mama...papa pun sama...kami sentiasa berdoa agar baby sihat dan selamat, cukup sifat dan sempurna...

Thursday, July 1, 2010

Fuhhh....penat sungguh....

salam kawan-kawanku....
Lama sungguh saya tidak melayarkan pena saya di dalam blog ini. Maaflah kawan-kawan, bukan senghaja tapi kesibukan menjadi pendidik dan pada tugas-tugas rasmi maktab sangat menjadi kekangan untuk meluangkan masa memanjakan diri di blog ini. Sejak balik dari dip ed bulan Jun hinggalah ke saat ini, tiada istilah cuti dan rehat bagi saya. Mungkin bagi mereka yang tidak bertugas di MRSM mengatakan kami ni banyak rehat. Sesungguhnya rakan-rakan hanya mereka yang mengajar di MRSM sahaja tahu bagaimana corak kerja di sini. Fuhhh....26-01 Julai 2010 kami menadakan Sambutan Hari Koperasi Peringkat Maktab, hari ni baru penutup...then esok...2 Julai 2010 hingga 5 Julai 2010 Karnival Matematik MRSM Semalaysia pulak...KAMI MRSM PENDANG MENJADI TUAN RUMAH...fuyoooo...challenging...!!!!tugas saya?ermmmm...apalagi, jawatan tetap hingga pencen kot...Ketua AJK Dokumentasi...wargggggggg....mujurlah ada helpers yang sangat membantu...Haris, Muzammil, Safwan, and Zakuan...thank you...thank you...kalo x komnpem cikgu pancit...hiuhuhuhuhu....apa pun...good luck all the team members...kepada kontinjen-kontinjen lain...welcome to MRSM Pendang...

Thursday, June 17, 2010

Dip Ed bulan Jun

Assalammualaikum kawan2...lama dah xpost apa2 kat blog ni...lama xlama pun baru 2 hari kot rasanya....hahahaha...ermmmm...pejam celik pejam celik...dah habis dah program dip ed bulan Jun nih...hohohhoo...merdeka...tapi xbest sbb dah kena naik kejahari Ahad ni...kalo di beri lagi cuti seminggu sukanya akuuuuuuuuuuu!!!!huhuhu....tapi aku rasa dip ed bulan Jun ni mcm best lah pulak...kelas pun relaks...cuma agak stress sbb hari2 ada eassignment and kena present...tapi xpa...best gak buat movie maker, belajar rakam suara guna audacity...buat photoshop...buat blog..buat powerpoint...banyak lah benda baru yang aku belajar...and semua ni mmg berguna utk akunya knowledge...rasa best lah bila belajar...kuliah pun santai...relaks...and paling best sbb xada assignment yg kena bwk balik ke maktab and kena hantar....Alhamdulillah...lega rasanya...so balik maktab dalam keadaan tenang sahaja...hihihi....cuma kali ni, aku xleh nak lasak sangat...maklumlah tengah pregnant...baru masuk 9 minggu...so kenalah jaga elok2...sayang sangat kat baby ni...ni anak pertamaku...cahaya mata yang aku dan suami nantikan selama setahun 6 bulan...baru kini Allah beri rezeki...sekarang ni cepat letih, mengantuk, loya, pening semua ada...sbb tu lah kdg kat kelas kuliah tu ada tertido...minta maaf kepada lecturer2 kuliah ku...dr. zambri, en. mustafa, pn. noriza and en. sulaiman...tapi kalo time kelas kat makmal...mmg xngantuks...xsempat pun nak ngantuk... khusyu' tgk laptop...hahaha...tq pn. marzita, en. hafizul, pn, harnani, pn fadlina...sesungguhnya ilmu yang diajar itu sangat bermakna buatku...

Tuesday, June 15, 2010

Debaran kian terasa....

Assalammualaikum kawan2.....hari ni saya kena present saya punya blog ni. Buat kawan-kawan di dalam kelas, harap boleh lah terima blog saya ni dengan seadanya. Maklumlah kawan2...

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada pensyarah yang banyak membantu dan menunjukkan cara2 membina blog ini, Pn. Harnani binti Mat Zin. Semoga puan akan diberikan kesihatan tubuh badan dan diberikan kebahagiaan hidup dunia & akhirat. Serangkap pantun buat puan....

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.


Semoga rakan-rakan sudilah kiranya memberikan komen anda semua di dalam blog ini. Marilah kita berkongsi ilmu pengetahuan demi kesejahteraan ummah. Insyaallah....

Cuci-cuci mata....



Saja jer buh gambar2 ni...bukan apa pun...

Kompang2..Gibing2...


Pada tanggal 14 November 2010 (Jumaat), bertempat di Surau Pt Lapis Sempadan, aku telah selamat diijabkabulkan bersama pasanganku Mohd. Mulyadi B Sudirman. Dengan linangan air mata aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya aku berjaya menjadi seorang isteri kepada kekasih hatiku yang tercinta. Alhamdullilah...hasrat kami untuk mendirikan rumahtangga telah tercapai akhirnya. Usai sudah aku dinikahkan, acara penyerahan pula dijalankan sempena amalan keluarga sakinah yang sememangnya diamalkan di Johor. Sekali lagi hati ini dipagut kesedihan tatakala ayahandaku En. Taslim Bin Kandar menggenggam tangan suamiku membacakan taklik penyerahan tanggungjawab mendidikku sebagai wanita muslimah kepada suamiku tercinta. Manakala, airmata luruh lagi bak hujan dikala ibuku membaca pesanan untuk menjadi isteri solehah kepada suamiku dan anak solehah kepada kedua ibubapa mertuaku. Betapa kerdilnya aku rasakan sebagai seorang anak kepada kedua ibubapa ku. Selama 28 tahun aku hidup bersama mereka, kini mereka telah menyerahkan aku kepada suamiku. Sudah pasti, rasa keberatan amat jelas terpamer di wajah kedua-duanya. Mereka hanya mengharapka aku dan suamiku hidup bahagia hingga ke akhir hayat.Amin...

Monday, June 14, 2010

Alam pekerjaan...hohoho...welcome to the real world of life....

Setelah menghabiskan praktikal selama 2 bulan di UTHM, Pt Raja...aku mula bergelar seagai seorang "penanam anggur"@lebih dikenali sebagai pengganggur...aku mula berkira2 untuk mencari pekerjaan. Ermmm...nak keja apa ya...dah tentu aku nak menjadi seorang pegawai perpustakaan @ librarian...aku mula mengisi iklan2 kosong di surat akbar untuk melamar jawatan2 yang ditawarkan. Sementara menunggu jawapan2 yang sepatutnya, aku bekerja di kedai runcit Bapk saudaraku. Bolehlah...untuk cari pengalaman hidup. Sekurang-kurangnya ada $$$ masuk...dalam masa yang sama, kalo xsalah aku bulan 3 aku dapat keja di Kolej Cosmopoint muar sebagai Librarian comes lecturer. Aku menjadi pegawai perpustakaan dan pensyarah sambilan. Hebat dengar tu, tp biasa jer sebenarnya. Di sini, aku menimba pengalaman sebagai seorang pekerja di sektor swasta. Perghhh...memanjang kejar dateline!!!haaaaaaa....sama mcm waktu degree. Tapi at least aku xrasa stress sgt sbb hujung bulan aku dapat gaji...so released tension ngan shopping!!!hahahahaha...sale!sale!sale...tapi aku xboleh bak boros sangat sbb hujung tahun pada bulan November aku akan disatukan bersama tunangku yang tercinta sebagai pasangan suami isteri yang sah..Insyaallah...sewaktu di Cosmopoint aku sempat menghadapi saat getir mengadap MQA...huwahuwahuwa...nak terbalik duniaku membuat preparation...giler arrr...balik kul 1@2 pagi...perghhh...dasyhat...nasib baik member2 di Cosmo ini sangat best!!xlah rasa tensen sangat...di Cosmo ni adalah kawan2 baik yang aku kenal antaranya Raudah, Shida, Shila, Marina, Safura, Zalina, Miss ermmm ada lagi yang lain. Tapi xmuat lah pulakkan nak tulis.
Jodohku bersama Cosmopoint xlama, hujung bulan Jun aku telah menerima tawaran menjadi Guru Media di MRSM Pendang, Kedah. Pada mulanya hati ni masih lagi berbelah bahagi, samada nak terima @ tidak. Maklumlah, hendak meninggalkan insan yang tersayang nun jauh di mata...ermmm...sangatlah berat hati. Nak2 lagi bila mengenangkan hujung bulan November nak nikah dah...lagi lah hati rasa sedih. Tapi, mujurlah dia memahami dan dia memberikan semangat dan dorongan untuk aku bekerja nun jauh di Utara. Takut, risau, ngeri...mcm2 adalah...maklumlah nak duk sengsorang ni, makabah, adik, tunang, sedara-mara semuanya jauh di Johor. Boleh ker ni?...Insyaallah...boleh...Pada 7/07/2008 baku melapor diri ke MRSM Pendang. Huhuhu....bermulalah episod kehidupanku di MRSM Pendang...

Kehidupan di Puncak Perdana

Salam kawan2...dalam post yang lepas aku bercerita mengenai pengalaman kerjaku sebagai guru sandaran...sbnanya...lepas diploma dulu aku mmg dapat tawaran sambung degree tp oleh kerana masalah tertentu aku terpaksa tolak...so, aku sambung degree selepas setahun aku bekerja...ermmm...sungguh mencabar krn aku berkenalan dengan kwn2 yang baru...kwn2 diploma dulu dah jadi super senior aku...kehidupan di Puncak Perdana tidaklah seseronok di UiTM Segamat...aku rasa sangat kehilangan...xtahu knp...tp mujurlah ada kwn2 yg seangkatan diploma dulu pun ada yang baru smbg belajar, fuh lega rasanya. Tapi ya lah adalah dalam 2 ke 3 orang...yg lain smeua junior sewaktu di Segamat. Toing!Toing!Toing!...tapi lama2 best gak layan diaorang nih...layanzzzz...Tanpa ku duga tanpa ku sangka, pada semester kedua aku telah pun berkenalan dengan seorang jejaka di mana dia ni schoolmate lama sekolah menengah dulu. Mohd Mulyadi Bin Sudirman namanya...Alhamdulillah...mungkin dah sampai jodoh kami telah mengikat tali pertunangan pada tanggal 17 hb Disember 2006. Ikatan ini diikat selama 2 tahun. Tercapai juga impian ku untuk memiliki seoran insan yang istimewa tatkala aku bergelar seorang siswazah pada hari Konvokesyen ku nanti. Pelbagai rintangan dan dugaan ku hadapi selama tempoh untuk menghabiskan degree. Ya Allah...sungguh berliku perjalanan untuk menghabiskan segulung ijazah ini. Suka duka airmata mengiringi perjuanganku. Allah Akbar!!!barulah aku tahu erti segulung Ijazah bagi seorang siswazah sepertiku. Sangatlah berbeza keadaan dan suasananya sewaktu aku mengambil diploma. Sewaktu degree aku rasa tertekan sepanjang masa dengan dateline!!dateline!!dateline!!research!!research!!research!!...tambah pulak aku ambil minor sistem...perghh...tobat...pinar mata aku belajar database, php, mysql, apache, multimedia, director...!!!haaaa....belum lagi juling mata sebab cataloging...paper library pun dah xlarat nak bawak inikan pulak paper system...memang aku banyak merapu tang buat assignment...nak idup la katakan...berendam air mata jer...tapi akhirnya..aku rasa puashati, kerana walaupun dengan kesusahan aku melaluinya namun demikian aku berjaya juga grade on time...Alhamdulillah...pada bulan 5 2008 aku telah pun berkonvokesyen di Dewan Seri Budiman...rasa sebak dan sedih menyelubungi hati dan jiwaku tatkala menyanyikan lagu UiTM buat kali terakhir...dalam diam aku menyinpan hasrat untuk masuk lagi ke dalam dewan ini di suatu hari nanti sebagai seorang graduan sarjana pula.Amin...Insyaallah...

Good Morning Teacher....

Setelah 2 bulan aku meninggalkan alam kampus ku di UiTM Segamat...aku telah mendapat peluang menjadi guru sandaran di sebuah sekolah rendah di Daerah Kluang...aku berdebar2 sewaktu menerima tawaran tersebut...errmmm....Cikgu...Teacher...satu perkataan yang simple tetapi sungguh besar maknanya...di sini aku mengajar di sebuah sekolah yang berada di dalam estet...jeng..jeng..jeng...bagaimanalah keadaan sekolah ni?estet?aku mula terbayangkan tanah merah...kelapa sawit...kilang...arrgggh...mcm2...tapi tatkala aku menjejakkan kaki di laman sekolah itu...ermm...not bad...detik hatiku...jalan tar...sekolah pun ok...kawasan sekeliling cantik...murid2 ku???hahahaha...mereka ini anak2 yang masih suci lagi pemikiran...keletah mereka sangat mendamaikan...tapi kadangkala ada terselit rasa hiba dihati kecilku...anak2 ini ada di antara mereka yang jauh tertinggal dengan kemajuan negara kita...LRT?KLCC?KL TOWER?KUALA LUMPUR?? tidak tergambar langsung di fikiran mereka rupa bentuk, keadaan, suasana...semunya menjadi tanda tanya bagi mereka...maka, tanggungjawab akulah untuk menceritakan dan menunjukkan kesemuanya itu..aku gunakan pengalaman yang ada untuk berkongsi cerita dengan mereka....

Alam kampus.....

Alam kampus ku bermula pada tahun 2001 apabila aku berjaya melangkahkan kakiku ke menara gading di UiTM Segamat. Aku telah diterima masuk ke Fakulti Pengurusan Maklumat sebagai pelajar diploma IS110. Di UiTM Segamat aku telah ditempatkan di Kolej Baiduri kolej yang paaaaaling hujuuuung sekali di UiTM Segamat...fuh...kalo nak g kelas memang sangat penat. Menapak sakan lah gamaknya...tapi itulah antara saat yang paling manis di dalam hidupku...pergi kelas bersama2 rakan seperjuangan. Setiap langkah akan diringi dengan lawak jenaka dan gelak ketawa. Kehidupan di Kampus UiTM Segamat sangat menyeronokkan hinggakan kadang kala aku merasa sangat rindu dengan suasana perjalanan kehidupan di sana. kami semua walaupun datang dari berbeza latar belakang fakulti mempunyai hubungan yang begitu akrab. Begitu juga dengan pensyarah. Kami mengenali antara satu sama lain...herrrmmm...xmungkin akan ku nikmati saat2 ini lagi sekarang...hanya gambar yang ada disimpan sebagai kenangan yang mahal dalam koleksi peribadiku dan sekelumit memori yang tersimpan rapi di benak fikiran yang tinggal...akan ku gamit meori ini untuk mengiringi perjalanan hidupku ini....

Warkah Tinta

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera....

Buat pertama kalinya kita bertemu di blog titis-titis kehidupan ini. Inilah kali pertama saya menggerakkan jari-jenari saya untuk menaip di blog ini. Semoga kehadiran blog ini dapat diterima dan menerima komen-komen dari sahabat sekalian dan seterusnya kita dapat berkongsi maklumat, cerita, pengalaman, masalah dan sebagainya di sini kelak. Insyaallah...Amin...